Monday, February 14, 2011

W2W ekspedition, Kenyir

---Assalammualaikum---
 pertama sekali saya ingin meminta maaf kepada semua ahli kelab relex dan yang sewaktu dengannya kerana terlambat m'update blog nie... ^__^ peace!!...
Komitmen keutamaan kita!!...

--Day 1--
ekspedisi kayak ini berlansung di tasik kenyir, hulu terengganu, terengganu.
kami memulakan ekspedisi ini di sungai como dan berkayak ke destinasi atau checkpoint pertama kami ke air terjun langsir. walaupun cuaca hujan dan air yang agak berombak tidak mematahkan semangat kami untuk meneruskan perjalanan malah menganggapnya sebagai satu cabaran yang sangat menyeronokkan..
berenti rehat untuk bersarapan di pertengahan perjalanan.. =)
(gambar tak clear kene air hujan)... hehe

setelah selesai bersarapan kami menyambung balik perjalanan kami... perut dah kenyang,hati dah senang... jadi masing-masing kayuh la dengan muka riang..cheewahh..riang ke??..hahahaha...
setelah beberapa jam perjalanan akhirnya kami sampai di air terjun langsir...

selitan gambar-gambar setelah kejayaan kami sampai ke air terjun langsir..
setelah puas bergambar kami semua mendaratkan kayak-kayak kami dan berehat di tempat perkhemahan air terjun langsir sebelum menyambung balik perjalanan kami ke checkpoint kedua keesokan harinya..



Day 2

pagi-pagi lagi kami semua sudah bersiap-sedia untuk menyambung balik aktiviti berkayak kami ke checkpoint ke-2 iaitu ke pulau bayas. setelah selesai memanaskan badan kami pun memulakan ekspedisi. keadaan cuaca agak cerah dan sangat sesuai untuk aktiviti berkayak. para peserta masing-masing bersemangat sekali berkayak..hahahahaaaa.. =P
sesi penerangan oleh encik adi sebelum berlepas
menuju ke pulau bayas!!....haha

walaubagaimanapun.... setelah seketika berkayuh berlakulah suatu tragedi yang tidak dijangka..
kayak yang dinaiki oleh bob dan faiz berkemungkinan berlanggar dengan iceberg kot sehingga menyebabkan kayak mereka dimasuki air. ditambah pula dengan rempuhan ombak yang dihasilkan oleh bot encik john dan brader puyuk menyebabkan kayak mereka terangkat dan terbalik ala-ala seperti epic filem TITANIC..hahaha.
kami semua segera bergerak ke arah mereka berdua dan menjalankan operasi menyelamat serta membantu mereka berdua. kami dapat mempraktikkan teknik menyelamat kayak yang terbalik di tengah-tengah tasik yang telah diajar kepada kami.
akhirnya kayak mereka berjaya diselamatkan... tahniah kepada semua yang telah membantu..
bob dan  faiz dapat naik kembali ke kayaknya..hahaha
yeaaayy!!...tahniah bob setelah beberapa kali usaha bob untuk naik ke kayaknya gagal..haha
(gurauan semata-mata) (^__^")...

selepas itu perjalanan disambung semula... ekspedisi kami diteruskan sehingga kami tiba di pulau bayas iaitu checkpoint kami yang ke-3..
kami semua berehat sebentar untuk menjamu selera..










(cerita dop abis lagi...hahahahaa... xsempat nk tulis..hahaha)
to be continued...






1 comment: