Wednesday, March 16, 2011

Karnival Ekstravaganza Relex

 ---Assalammualaikum---

Kelab relex akan menjalankan satu karnival
iaitu karnival ekstravaganza relex..
mengikut tarikh yang telah dibincangkan,
pada 9/4/2011
bertempat di padang uitm kuala terengganu..
antara aktiviti yang akan diadakan adalah..
-mini paintball
-target shooting

selain itu, terdapat juga kedai-kedai yang akan dibuka oleh ahli kelab relex
untuk menjual cenderamata..
kepada ahli-ahli kelab sila belila la barangan-barangan tersebut neh..hahaha
seterusnya adalah acara penyerahan kad ahli kepada ahli-ahli relex secara rasmi...

seterusnya adalah makan malam kelab relex..
semua peserta diwajibkan berpakaian bertemakan hawai..
pakai yang sempoi tetapi tidaklah terlalu selekeh..hahaha..
^__^

Esok Daki Gunung!!... M2M Challenge, Gunung Berembun

 ---Assalammualaikum---

Esok bersamaan 17/3/2011sehingga 19/3/2011...
kelab relex akan menjalankan
satu ekpedisi mendaki gunung berembun di dungun,kuala terengganu.
peserta dijadualkan akan bertolak sekitar pukul 5.30 petang dari uitm kuala terengganu.
pesanan kepada peserta yang terlibat..
sila bawa kelengkapan yang mencukupi..
jaga kesihatan dan keselamatan anda semua..
selamat mendaki kepada semua peserta yang terlibat..

^___^


Monday, February 14, 2011

Training for fitness, Bukit Besar, Terengganu

---Assalammualaikum---
 
training ini dijalankan bagi memantapkan lagi kecergasan dan ketahanan stamina peserta untuk mendaki gunung di dungun. penglibatan beberapa peserta baru memeriahkan lagi suasana latihan tersebut..

 setelah sampai ke puncak bukit, kami menuju ke arah belakang bukit dimana terdapat kawasan lapang.
disana kami dapat melihat pemandangan bandaraya kuala terengganu, suasana segar di pagi hari itu menyegarkan diri para peserta.
aktiviti suai kenal diadakan kerana terdapat ahli-ahli baru yang ada antaranya masih tidak mengenal antara satu sama lain. suasana riang sekali diselang seli dengan gelak ketawa.


 sedikit penerangan diberikan oleh encik adi mengenai info-info terkini mengenai kelab relex.
selepas itu kami semua berjalan turun semula ke bawah bukit untuk berkumpul di sana..

selepas semua peserta turun ke kaki bukit bukit. kami semua membuat exercise cooling down dan bergambar beramai-ramai. aktiviti selepas itu adalah pergi makan di maidin mall...hahaha..





W2W ekspedition, Kenyir

---Assalammualaikum---
 pertama sekali saya ingin meminta maaf kepada semua ahli kelab relex dan yang sewaktu dengannya kerana terlambat m'update blog nie... ^__^ peace!!...
Komitmen keutamaan kita!!...

--Day 1--
ekspedisi kayak ini berlansung di tasik kenyir, hulu terengganu, terengganu.
kami memulakan ekspedisi ini di sungai como dan berkayak ke destinasi atau checkpoint pertama kami ke air terjun langsir. walaupun cuaca hujan dan air yang agak berombak tidak mematahkan semangat kami untuk meneruskan perjalanan malah menganggapnya sebagai satu cabaran yang sangat menyeronokkan..
berenti rehat untuk bersarapan di pertengahan perjalanan.. =)
(gambar tak clear kene air hujan)... hehe

setelah selesai bersarapan kami menyambung balik perjalanan kami... perut dah kenyang,hati dah senang... jadi masing-masing kayuh la dengan muka riang..cheewahh..riang ke??..hahahaha...
setelah beberapa jam perjalanan akhirnya kami sampai di air terjun langsir...

selitan gambar-gambar setelah kejayaan kami sampai ke air terjun langsir..
setelah puas bergambar kami semua mendaratkan kayak-kayak kami dan berehat di tempat perkhemahan air terjun langsir sebelum menyambung balik perjalanan kami ke checkpoint kedua keesokan harinya..



Day 2

pagi-pagi lagi kami semua sudah bersiap-sedia untuk menyambung balik aktiviti berkayak kami ke checkpoint ke-2 iaitu ke pulau bayas. setelah selesai memanaskan badan kami pun memulakan ekspedisi. keadaan cuaca agak cerah dan sangat sesuai untuk aktiviti berkayak. para peserta masing-masing bersemangat sekali berkayak..hahahahaaaa.. =P
sesi penerangan oleh encik adi sebelum berlepas
menuju ke pulau bayas!!....haha

walaubagaimanapun.... setelah seketika berkayuh berlakulah suatu tragedi yang tidak dijangka..
kayak yang dinaiki oleh bob dan faiz berkemungkinan berlanggar dengan iceberg kot sehingga menyebabkan kayak mereka dimasuki air. ditambah pula dengan rempuhan ombak yang dihasilkan oleh bot encik john dan brader puyuk menyebabkan kayak mereka terangkat dan terbalik ala-ala seperti epic filem TITANIC..hahaha.
kami semua segera bergerak ke arah mereka berdua dan menjalankan operasi menyelamat serta membantu mereka berdua. kami dapat mempraktikkan teknik menyelamat kayak yang terbalik di tengah-tengah tasik yang telah diajar kepada kami.
akhirnya kayak mereka berjaya diselamatkan... tahniah kepada semua yang telah membantu..
bob dan  faiz dapat naik kembali ke kayaknya..hahaha
yeaaayy!!...tahniah bob setelah beberapa kali usaha bob untuk naik ke kayaknya gagal..haha
(gurauan semata-mata) (^__^")...

selepas itu perjalanan disambung semula... ekspedisi kami diteruskan sehingga kami tiba di pulau bayas iaitu checkpoint kami yang ke-3..
kami semua berehat sebentar untuk menjamu selera..










(cerita dop abis lagi...hahahahaa... xsempat nk tulis..hahaha)
to be continued...